Sunday, 22 September 2019

3.0 Definisi dan Konsep Maklumat
Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Selain itu, maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna. Ciri-ciri maklumat adalah relevan, boleh dipercayai, boleh difahami, lengkap, tepat dan membantu mengurangkan ketidakpastian. Manakala data tidak dianggap sebagai maklumat sekiranya lapuk atau ketinggalan daripada realiti sebenar, kabur, tidak jelas, tidak lengkap atau bukan dalam format yang diperlukan. Contoh organisasi yang menguruskan maklumat ialah perpusatkataan, arkib, muzium, galeri seni dan internet. Seorang individu yang cekap tidak kira sama ada seorang itu adalah seorang pelajar, profesional atau seorang pekerja mesti berupaya mengenalpasti keperluan-keperluan maklumatnya iaitu tahu bagaimana untuk mengesan, mengakses, mendapat semula, menlai, menyusun dan menggunakan maklumat itu. Seseorang itu perlu tahu bagaimana memperolehi manfaat daripada maklumat yang telah dikumpulkan untuk menjadi seseorang yang celik maklumat (Lau 2006). Maklumat iaitu pengetahuan diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia di sekeiling kita. Proses mengumpul maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat,sejak lahir sehingga ke akhir hayat. Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru.

3.1 Pencarian Maklumat      

  • Sumber manusia -  maklumat melalui temu bual dengan guru, pakar bidang, orang yang terlibat, ahli politik dan sebagainya. 
  • Media elektronik – maklumat diperoleh daripada audio visual, computer, perpustakaan dan pusat sumber. 
  • Media bercetak – bahan bercetak seperti buku, jurnal, majalah dan sebagainya.
  •  Media tiga dimensi – maklumat dalam bentuk model, boneka, terrarium yang dapat diperoleh daripada muzium. 
  • Sumber persekitaran – maklumat diperoleh melalui perubahan yang berlaku dalam persekitaran seperti bunyi, cahaya, warna, bau dan pergerakan. Contoh: Apabila mendengar bunyi guruh, itu menandakan hujan akan turun tidak lama lagi.



Terrarium
                      

3.2 Pengurusan Maklumat
Ø  Maklumat yang diperoleh perlu diurus secara sistematik agar maklumat berkenaan mudah dicapai dan difahami.
Ø  Terdapat dua jenis maklumat iaitu maklumat dalam bentuk hard copy dan soft copy.
Ø  Maklumat berbentuk hard copy adalah bahan bercetak seperti jurnal, surat khabar dan kamus.
Ø  Maklumat berbentuk soft copy adalah bahan yang didapati secara online seperti e-book dan e-jurnal.
Ø  Maklumat juga boleh diperoleh secara formal dan tidak berformal.
Ø  Maklumat formal iaitu sebarang maklumat yang dihasilkan secara rasmi seperti laporan.
Ø  Maklumat tidak formal adalah sebarang maklumat yang dihasilkan secara tidak rasmi seperti maklumat dalam facebook.



3.3 PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN

  Perpustakaan berperanan untuk membantu pelajar, guru dan pensyarah dengan menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar mereka tidak hanya mengharapkan kepada buku-uku teks sahaja. Selain itu, perpustakaan juga merupakan pusat untuk menghasil, mengumpul dan menggunakan pelbagai peralatan oleh warga sekolah dan IPG untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Perpustakaan juga adalah tempat untuk melatih serta membimbing pelajar dan guru dalam menggunakan kemahiran mencari dan mengaplikasikan maklumat secara sistematik. Perpustakaan juga telah menjadi pusta perhubungan antara sekolah-sekolah, IPT dengan agensi-agensi maklumat yang bertujuan berkongsi dan memperolehi bahan dan maklumat.

    Kewujudan perpustakaan dapat membantu guru dan pelajar melengkapkan diri dengan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang secukupnya.  Persidangan  Antarabangsa Sekolah Bestari di Kuala Lumpur telah menengaskan bahawa semua kakitangan sekolah dan pentadbir diberi latihan dan pendedahan secukupnya.





3.3.1 KAD KATALOG

     Pengkatalogan ialah satu proses merekodkan butir-butir maklumat mengenai buku atau bahan-bahan bantu mengajar.Katalog merupakan senarai material yang terdapat di dalam perpustakaan dan dilakukan oleh unit pengkatalogan perpustakaan.Katalog digunakan bertujuan untuk memudahkan pengguna mahupun pustakawan mencari buku  dengan merujuk kepada :

§  Nama pengarang
§  Tajuk buku
§  Subjek buku

Kad katalog terbahagi kepada tiga, iaitu :
JENIS DAN KAD KATALOG

  i. Buku katalog - Merupakan senarai buku yang terdapat dalam perpustakaan.Mudah dibawakan ke mana-mana tetapi agak mahal dan tidak boleh dihasilkan.
     ii.     Kad katalog - Berukuran 3 inci X 5 inci
    iii.    Mikroform katalog - Rekod-rekod dipaparkan dalam bentuk imej mikro dan mesin pembaca mikroform digunakan untuk menyemak katalog.

SUSUNAN KAD KATALOG

3.3.2 INDEKS DAN BIBLIOGRAFI NASIONAL MALAYSIA(Keluaran PNM)

 ·         Pelajar perlu membaca tajuk kecil yang ditulis pada halaman isi kandungan untuk mengetahui isi kandungan secara keseluruhan yang terdapat dalam buku itu. Mengikut pendapat Mohamed Fadzil (2001), pelajar yang merujuk kepada indeks terlebih dahulu dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mudah.





3.3.3 PENGELASAN BIBLIOGRAFI

§  Bibliografi merupakan senarai sumber rujukan dalam menyediakan sesuatu tugasan dan diletakkan selepas teks induk.
§  Cara penulisan bibliografi mengikut standard berikut :

 i. Entri disusun mengikut abjad nama pengarang dan tidak dinomborkan. Sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun mengikut entri judul.

                                  ii.    Pangkat atau gelaran pengarang perlu diletakkan selepas nama pengarang atau diabaikan.

                                  iii.    Entri disusun secara selang sebaris di antara item dan selang dua baris bagi entri seterusnya.

                                 iv.    Setiap entri bermula di tepi margin kiri dengan bari kedua di kedalaman (indent) lima  jalur.

                                  v.    Penulis menggunakan satu sistem sahaja secara berterusan penulisannya.


§  Pengelasan bibliografi yang terdapat di Pusat Sumber :


3.3.4 INDEKS SURAT KHABAR
  1.  *      Pusat sumber melanggan akhbar harian untuk bacaan pengguna.
  2. *  Surat khabar disimpan dan permohonan menggunakannya dibuat di kaunter   petugas.
  3.         Indeks surat khabar disediakan untuk memudahkan pelajar mendapatkan berita    dan maklumat.

3.3.5 ABSTRAK

    Abstrak adalah ringkasan penuh sesebuah rencana penyelidikan, ulasan, atau analisa terperinci sesebuah kajian. Bertujuan untuk memudahkan pembaca menentukan sama ada tujuan dan hasil sesebuah penyelidikan itu bersesuaian  dengan keperluan maklumat. Abstrak terletak di bahagian hadapan.


3.3.6 RUJUKAN, BIBLIOGRAFI DAN INDEKS PADA BUKU 
         ( Untuk Maklumat Tambahan)

Buku rujukan terbahagi kepada dua, iaitu:


3.3.7 BIBLIOGRAFI

      Bibliografi merupakan satu senarai nama  buku yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan.

Terdapat dua jenis bibliografi:
          i.        Bibliografi di bahagian akhiran buku.
        ii.        Bibliografi jilid khas atau buku.




3.3.8 INDEKS
Tujuan indeks digunakan :
a)      Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam buku.
b)      Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.


Indeks dalam gaya penulisan di negara kita :
a)       Indeks di bahagian akhir buku.
b)      Indeks Jilid Khas


3.3.9 KATALOG ATAS TALIAN/ONLINE PUBLIC  ACCES CATALOG (OPAC)

§    Merupakan system computer yang digunakan untuk mencari dan mengesan maklumat yang terdapat dalam sesebuah perpustakaan atau sekumpulan perpustakaan.
§       Merupakan petunjuk kepada setiap sumber maklumat yang terdapat di perpustakaan.
§  Pengguna hanya perlu menggunakan OPAC berhampiran kaunter sirkulasi untuk mencarimaklumat.
§    OPAC memudahkan pengguna mencari maklumat menerusi carian melalui pengarang, tajuk, perkara, nombor kelas dan no. ISBN.

3.4 PELAYARAN INTERNET
·         Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Menurut Matnor Daim (1997) menyatakan bahawa pembelajaran abad 21 banyak bergantung kepada teknologi maklumat khususnya komputer.
·         Strategi pembelajaran menggunakan komputer  dan Internet dalam Pendidikan menunjukkan banyak peningkatan dari segi pengetahuan, kecekapan dan kemahiran.
·         Internet ialah singkatan daripada perkataan Inggeris “international network”, iaitu jaringan informasi global atau ‘the largest global network of computers, that enables people throughout the world to connect with each other’.
·         Dicetuskan oleh perekanya iaitu J.C.R. Licklider dari Massachusetts Institute Technology (MIT).
·         Internet merevolusikan dunia maya hari ini dengan menggabungkan maklumat dalam bentuk teks, video, suara, dan animasi.
·         Penggunaan Internet memudahkan lagi pembelajaran jarak jauh dengan individu lain dari negara yang berbeza.


Contoh Enjin Pencarian Maklumat Dari Internet :



Fasiliti Penggunaan Internet


CARA MENCARI MAKLUMAT MALALUI INTERNET

        i.            Pergi ke pelayar Internet seperti Internet Explorer.
      ii.            Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan.
   iii.            Taip kata carian (search word) yang berkait dengan perkara yang dicari.
    iv.            Skrin akan memaparkan  laman-laman web.





KELEMAHAN INTERNET 

o   Pelajar terdedah dengan bahan porno.
o   Sumber maklumat yang tidak menyakinkan.
o   Fasiliti Internet yang tidak mencukupi terutama di luar bandar.
o   Pembelajaran tidak berlaku dalam bentuk bersemuka.
o   Kurang kawalan daripada pengajar.
o   Pelajar lebih individualistik.


3.5 SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER

       Sumber primer atau sumber pertama bermaksud bahan yang belum diolah atau dicetak; sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat, dan keterangan lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber-sumber tersebut biasanya dihasilkan pada masa yang hampir sama dengan maklumat yang dicatatkan dan oleh pihak yang berwibawa.

   Sumber primer juga merujuk kepada penemuan baru atau ilmu pengetahuan, laporan penyelidikan yang asli, memberi ulasan baru atau interprestasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang terdahulu. Sumber primer boleh dikatogerikan kepada dua iaitu, sumber primer diterbitkan dan belum diterbitkan.


Menurut Wikipediasumber kedua atau sumber sekunder terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain. Sumber ini merangkumi majalahjurnalensiklopediaakhbar, risalah, laporan tahunan jabatan dan blog. Sumber kedua melibatkan pengitlakan, analisis, sintesis, tafsiran atau penilaian maklumat asal. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum.

3.6 RUMUSAN

Akhir sekali, dalam bab ini, kita dapat mempelajari cara-cara memperoleh dan menguruskan maklumat dan bagaimana untuk menguruskan maklumat tersebut. Selain itu, kita juga dapat memahami proses pencarian maklumat di perpustakaan secara mendalam. Oleh itu, kita, sebagai guru pelatih dinasihatkan agar bijak dan pandai mengurus serta mendapatkan setiap maklumat sepanjang proses pembelajaran supaya kita dapat menguruskan setiap kerja dengan lancar. 




                            Artikel Mengenai Kemahiran Belajar

STRATEGI MENINGKATKAN INGATAN

Ingatan bermaksud kebolehan memanggil balik atau menyebut dan menulis kejadian yang berlaku dalam sesuatu tempoh. Ramai pelajar cemerlang menggunakan teknik yang betul untuk meningkatkan daya ingatan. Teknik ini juga dapat melatih minda untuk mengingat kembali perkara-perkara serta ingatan serta melahirkan pelajar yang mampu berfikir dengan  dengan kritis dan kreatif. Seseorang yang berfikir dengan laju untuk mencari jawapan yang tepat biasanya bergantung kepada persediaan awal yang dilakukan.

Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Allah SWT telah menciptakan otak dan minda sebagai anugerah yang paling bernilai dan menakjubkan  kepada manusia. Sebagai seorang pelajar, daya ingatan amat penting untuk menentukan kecemerlangan seseorang individu. Seseorang yang mempunyai ingatan yang kuat mestilah mempunyai emosi, akal, penglihatan, pendengaran dan anggota pancaindera yang sihat. Daya ingatan juga memerlukan latihan dan bimbingan daripada orang lain agar mantap dan mampu mengingati,nmemahami, mengeluarkan kembali perkara yang dipelajari.

Terdapat dua jenis ingatan manusia, iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka Panjang. Ingatan jangka pendek ialah proses simpanan dalam masa yang singkat dan biasanya maklumat yang disimpan bertahan dalam masa kurang daripada 30 saat. Ingatan jangka pendek merujuk kepada seberapa banyak item disimpan dalam sesuatu masa setakat mana seseorang dapat memberi tumpuan secara sedar dalam masa yang singkat. Selain itu, ingatan jangka panjang berlaku apabila maklumat yang tersimpan sebentar direkodkan supaya kekal dalam ingatan. Menurut ahli psikologi, ingatan jangka panjang tidak mempunyai batas simpanan maklumat yang dapat ditentukan dengan ukuran angka. Secara umumnya, proses latihan merupakan satu-satunya jalan untuk memasuki ingatan jangka panjang daripada ingatan jangka pendek. Menurut Ebbinghause, kemahiran belajar tidak lengkap jika tidak melalui proses mengingat. Antara kaedah yang dapat mempertingkatkan teknik mengingat ialah teknik mnemonik.

 Mnemonik adalah sebagai alat untuk mengingati sesuatu yang dipelajari dan digunakan untuk mengingati nombor telefon, nama dan tarikh penting dalam sejarah. Sesuatu maklumat akan lebih mudah diingati jika seseorang itu berminat terhadap maklumat tersebut. Mnemonik terbahagi kepada beberapa bahagian. Mnemoik kata gentian digunakan kepada perkara abstrak yang sukar diingati. Teknik ini menggunakan imej yang timbul daripada kata ajuk yang mengubah maklumatkepada imej yang konkrit untuk mudah diingati. Sebagai contoh, perkataan keadilan digambarkan dengan gambaran visual seorang hakim mengadili sesuatu perbicaraan. Selain itu, teknik mnemoik anekdot merupakan teknik untuk mengingat maklumat yang panjang dengan menghubungkan kata kunci kepada bentuk cerita pendek. Disamping itu, teknik mnemoik lokasi merupakan teknik yang memerlukan seseorang untuk mengingat kepada sesuatu lokasi dan dikaitkan dengan maklumat yang hendak diingati. Seterusnya, mnemoik rantaian digunakan untuk mengingat senarai yang panjang. Cara menggunakan teknik ini adalah melalui teknik GAMBARAN. Misalnya, seekor burung sedang memakai topi sambal membaca buku di dalam bas. Hal ini menunjukkan bahawa sebenarnya teknik ini mengingatkan senarai barang-barang yang perlu disediakan seperti burung, topi dan buku.

 Teknik seterusnya yang dapat meningkatkan ingatan ialah lokus. Perkataan lokus bermaksud tempat. Kaedah lokus adalah perkaitan antara bahan ingatan dengan sesuatu tempat. Disamping itu, teknik Chunking adalah Teknik yang mengumpul beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu. Sebagai contoh, 26 abjad dihafal dengan lagu tertentu. ABCDEFG, HIJKLMN, OPQRSTU, VWXYZ.  

Kesimpulannya, kita mestilah menggunakan otak dan minda dengan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana akal yang dikurniakan itu harus digunakan untuk perkara yang berfaedah dan dapat membezakan perkara yang baik dengan yang buruk. 



 TEKNIK MEMBACA



PEMBACAAN CEPAT (Speed Reading Technique)

TUJUAN

~ Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.
~ Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
~ Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara keseluruhan.

MANFAAT
~ Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
~ Menjimatkan masa dan tenaga.
~ Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.
~ Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
~ Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.

4.1.1 SKIMMING

~ Teknik bacaan pantas sementara.
~ Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat.
~ Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam muka surat yang sama.
~ Melompat dari satu muka surat ke muka surat yang lain.
~ Hanya kepantasan dititik beratkan.
~ Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf dihitamkan, dan sebagainya.

 4.1.2 SCANNING

~ Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas.
~ Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum.
~ Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat.
~ Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit.
~ Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan.

4.2 PEMBACAAN PERLAHAN (Slow Reading)

·                     Berfikiran kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda baca.
·                     Berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian terhadap bahan yang telah dibaca.
·                     Berkemampuan untuk mengikut logik dan pengolahan sesuatu bahan.

TUJUAN

~ Meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan mendalam.
~ Menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi kandungan.
~ Menilai dan menganalisis penulisan

MANFAAT

·                     Lebih memahamai bahan bacaan.
·                     Mudah untuk mengingati isi-isi penting.



 SQ3R













1 comment:

  1. Learn the rules of the card game Baccarat
    The objective of the game is to be the first one to play the hand. If there are two or more players, you must 바카라 조작 draw a card from the dealer's hand. There is no better position

    ReplyDelete

3.0 Definisi dan Konsep Maklumat Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Selain itu, maklumat juga a...