3.0 Definisi dan
Konsep Maklumat
Menurut beberapa kamus umum, maklumat ialah data, bahan dan pengetahuan. Selain itu, maklumat juga adalah data yang tersusun dalam satu struktur yang mempunyai makna. Ciri-ciri maklumat adalah relevan, boleh dipercayai, boleh difahami, lengkap, tepat dan membantu mengurangkan ketidakpastian. Manakala data tidak dianggap sebagai maklumat sekiranya lapuk atau ketinggalan daripada realiti sebenar, kabur, tidak jelas, tidak lengkap atau bukan dalam format yang diperlukan. Contoh organisasi yang menguruskan maklumat ialah perpusatkataan, arkib, muzium, galeri seni dan internet. Seorang individu yang cekap tidak kira sama ada seorang itu adalah seorang pelajar, profesional atau seorang pekerja mesti berupaya mengenalpasti keperluan-keperluan maklumatnya iaitu tahu bagaimana untuk mengesan, mengakses, mendapat semula, menlai, menyusun dan menggunakan maklumat itu. Seseorang itu perlu tahu bagaimana memperolehi manfaat daripada maklumat yang telah dikumpulkan untuk menjadi seseorang yang celik maklumat (Lau 2006). Maklumat iaitu pengetahuan diperoleh menerusi proses mengetahui atau mengumpul maklumat yang akan mengembangkan kemampuan kita dalam berinteraksi dengan dunia di sekeiling kita. Proses mengumpul maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat,sejak lahir sehingga ke akhir hayat. Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru.
3.1 Pencarian Maklumat
- Sumber manusia - maklumat melalui temu bual dengan guru, pakar bidang, orang yang terlibat, ahli politik dan sebagainya.
- Media elektronik – maklumat diperoleh daripada audio visual, computer, perpustakaan dan pusat sumber.
- Media bercetak – bahan bercetak seperti buku, jurnal, majalah dan sebagainya.
- Media tiga dimensi – maklumat dalam bentuk model, boneka, terrarium yang dapat diperoleh daripada muzium.
- Sumber persekitaran – maklumat diperoleh melalui perubahan yang berlaku dalam persekitaran seperti bunyi, cahaya, warna, bau dan pergerakan. Contoh: Apabila mendengar bunyi guruh, itu menandakan hujan akan turun tidak lama lagi.
Terrarium
3.2 Pengurusan Maklumat
Ø Maklumat yang diperoleh perlu diurus secara sistematik agar
maklumat berkenaan mudah dicapai dan difahami.
Ø Terdapat dua jenis maklumat iaitu maklumat dalam bentuk hard copy dan soft copy.
Ø Maklumat berbentuk hard
copy adalah bahan bercetak seperti jurnal, surat khabar dan kamus.
Ø Maklumat berbentuk soft
copy adalah bahan yang didapati secara online seperti e-book dan e-jurnal.
Ø Maklumat juga boleh diperoleh secara formal dan tidak
berformal.
Ø Maklumat formal iaitu sebarang maklumat yang dihasilkan
secara rasmi seperti laporan.
Ø Maklumat tidak formal adalah sebarang maklumat yang
dihasilkan secara tidak rasmi seperti maklumat dalam facebook.
Kewujudan
perpustakaan dapat membantu guru dan pelajar melengkapkan diri dengan kemahiran
serta ilmu pengetahuan yang secukupnya. Persidangan Antarabangsa Sekolah Bestari di Kuala Lumpur
telah menengaskan bahawa semua kakitangan sekolah dan pentadbir diberi latihan
dan pendedahan secukupnya.
3.3 PENCARIAN
DI PERPUSTAKAAN
Perpustakaan
berperanan untuk membantu pelajar, guru dan pensyarah dengan menyediakan
pelbagai kemudahan pembelajaran agar mereka tidak hanya mengharapkan kepada
buku-uku teks sahaja. Selain itu, perpustakaan juga merupakan pusat untuk
menghasil, mengumpul dan menggunakan pelbagai peralatan oleh warga sekolah dan
IPG untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Perpustakaan juga
adalah tempat untuk melatih serta membimbing pelajar dan guru dalam menggunakan
kemahiran mencari dan mengaplikasikan maklumat secara sistematik. Perpustakaan
juga telah menjadi pusta perhubungan antara sekolah-sekolah, IPT dengan agensi-agensi
maklumat yang bertujuan berkongsi dan memperolehi bahan dan maklumat.
3.3.1 KAD KATALOG
Pengkatalogan
ialah satu proses merekodkan butir-butir maklumat mengenai buku atau bahan-bahan bantu mengajar.Katalog
merupakan senarai material yang terdapat di dalam perpustakaan dan dilakukan
oleh unit pengkatalogan perpustakaan.Katalog
digunakan bertujuan untuk memudahkan pengguna mahupun pustakawan mencari
buku dengan merujuk kepada :
§ Nama
pengarang
§ Tajuk
buku
§ Subjek
buku
Kad
katalog terbahagi kepada tiga, iaitu :
JENIS
DAN KAD KATALOG
i. Buku katalog - Merupakan
senarai buku yang terdapat dalam perpustakaan.Mudah dibawakan ke mana-mana
tetapi agak mahal dan tidak boleh dihasilkan.
ii. Kad katalog - Berukuran
3 inci X 5 inci
iii. Mikroform katalog - Rekod-rekod
dipaparkan dalam bentuk imej mikro dan mesin pembaca mikroform digunakan untuk
menyemak katalog.
SUSUNAN
KAD KATALOG
3.3.2 INDEKS
DAN BIBLIOGRAFI NASIONAL MALAYSIA(Keluaran PNM)
·
Pelajar perlu membaca tajuk kecil yang ditulis pada halaman isi
kandungan untuk mengetahui isi kandungan secara keseluruhan yang terdapat dalam
buku itu. Mengikut pendapat Mohamed Fadzil (2001), pelajar yang merujuk kepada
indeks terlebih dahulu dapat memahami
isi pelajaran dengan lebih mudah.
3.3.3 PENGELASAN
BIBLIOGRAFI
§ Bibliografi
merupakan senarai sumber rujukan dalam menyediakan sesuatu tugasan dan
diletakkan selepas teks induk.
§ Cara
penulisan bibliografi mengikut standard berikut :
i. Entri disusun mengikut abjad nama pengarang dan
tidak dinomborkan. Sekiranya tanpa pengarang perlulah disusun mengikut entri
judul.
ii. Pangkat atau gelaran pengarang perlu diletakkan
selepas nama pengarang atau diabaikan.
iii. Entri disusun secara selang sebaris di antara
item dan selang dua baris bagi entri seterusnya.
iv. Setiap entri bermula di tepi margin kiri dengan
bari kedua di kedalaman (indent) lima
jalur.
v. Penulis menggunakan satu sistem sahaja secara
berterusan penulisannya.
§
Pengelasan
bibliografi yang terdapat di Pusat Sumber :
3.3.4 INDEKS
SURAT KHABAR
-
Pusat sumber melanggan
akhbar harian untuk bacaan pengguna.
Surat khabar disimpan
dan permohonan menggunakannya dibuat di kaunter petugas.- Indeks surat khabar disediakan untuk memudahkan pelajar mendapatkan berita dan maklumat.
3.3.5 ABSTRAK
Abstrak adalah ringkasan penuh sesebuah rencana
penyelidikan, ulasan, atau analisa terperinci sesebuah kajian. Bertujuan untuk memudahkan pembaca menentukan
sama ada tujuan dan hasil sesebuah penyelidikan itu bersesuaian dengan keperluan maklumat. Abstrak terletak di bahagian hadapan.
3.3.6 RUJUKAN, BIBLIOGRAFI DAN INDEKS PADA BUKU
( Untuk
Maklumat Tambahan)
Buku rujukan terbahagi kepada dua, iaitu:
3.3.7 BIBLIOGRAFI
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan
tahun diterbitkan.
Terdapat dua jenis bibliografi:
i.
Bibliografi di
bahagian akhiran buku.
ii.
Bibliografi
jilid khas atau buku.
3.3.8 INDEKS
Tujuan
indeks digunakan :
a)
Memudahkan pembaca
mengesan maklumat tertentu di dalam buku.
b)
Memudahkan pembaca merujuk
di mana maklumat tertentu didapati.
Indeks
dalam gaya penulisan di negara kita :
a) Indeks di bahagian akhir
buku.
b) Indeks Jilid Khas
3.3.9 KATALOG ATAS TALIAN/ONLINE PUBLIC ACCES CATALOG (OPAC)
§ Merupakan system
computer yang digunakan untuk mencari dan mengesan maklumat yang terdapat dalam
sesebuah perpustakaan atau sekumpulan perpustakaan.
§ Merupakan petunjuk
kepada setiap sumber maklumat yang terdapat di perpustakaan.
§ Pengguna hanya perlu
menggunakan OPAC berhampiran kaunter sirkulasi untuk mencarimaklumat.
§ OPAC memudahkan pengguna mencari maklumat
menerusi carian melalui pengarang, tajuk, perkara, nombor kelas dan no. ISBN.
3.4 PELAYARAN INTERNET
·
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Menurut
Matnor Daim (1997) menyatakan bahawa pembelajaran abad 21 banyak bergantung
kepada teknologi maklumat khususnya komputer.
·
Strategi pembelajaran menggunakan komputer dan Internet dalam Pendidikan menunjukkan
banyak peningkatan dari segi pengetahuan, kecekapan dan kemahiran.
·
Internet ialah singkatan daripada perkataan Inggeris
“international network”, iaitu jaringan informasi global atau ‘the largest
global network of computers, that enables people throughout the world to
connect with each other’.
·
Dicetuskan oleh perekanya iaitu J.C.R. Licklider dari
Massachusetts Institute Technology (MIT).
·
Internet merevolusikan dunia maya hari ini dengan
menggabungkan maklumat dalam bentuk teks, video, suara, dan animasi.
·
Penggunaan Internet memudahkan lagi pembelajaran jarak
jauh dengan individu lain dari negara yang berbeza.
Contoh Enjin Pencarian Maklumat Dari Internet :
Infoseek (http://www.go.com)
Alta Vista (http://www.altavista.com)
Yahoo (http://yahoo.com)
Google (http://www.google.com)
Lycos (http://lycos.com)
Chubba- maklumat dictionary / thesaurus &
encyclopedia
Fasiliti Penggunaan Internet
CARA MENCARI MAKLUMAT MALALUI
INTERNET
i.
Pergi
ke pelayar Internet seperti Internet Explorer.
ii.
Taip
enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan.
iii.
Taip
kata carian (search word) yang berkait dengan perkara yang dicari.
iv.
Skrin
akan memaparkan laman-laman web.
KELEMAHAN
INTERNET
o
Pelajar
terdedah dengan bahan porno.
o
Sumber
maklumat yang tidak menyakinkan.
o
Fasiliti
Internet yang tidak mencukupi terutama di luar bandar.
o
Pembelajaran
tidak berlaku dalam bentuk bersemuka.
o
Kurang
kawalan daripada pengajar.
o
Pelajar
lebih individualistik.
3.5 SUMBER PRIMER DAN
SUMBER SEKUNDER
Sumber
primer atau sumber pertama bermaksud bahan yang belum diolah atau dicetak; sumber atau bahan yang masih dalam
keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip
yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat, dan keterangan lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum
ditafsir. Sumber-sumber tersebut biasanya dihasilkan pada masa yang hampir sama
dengan maklumat yang dicatatkan dan oleh pihak yang berwibawa.
Sumber primer juga merujuk kepada penemuan baru atau ilmu pengetahuan, laporan penyelidikan yang asli, memberi ulasan baru atau interprestasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang terdahulu. Sumber primer boleh dikatogerikan kepada dua iaitu, sumber primer diterbitkan dan belum diterbitkan.
Menurut Wikipedia, sumber kedua atau sumber
sekunder terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui
pembacaan bahan bertulis maklumat yang telah dicatatkan di
tempat lain. Sumber ini merangkumi majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan
dan blog. Sumber kedua melibatkan
pengitlakan, analisis, sintesis, tafsiran atau penilaian maklumat asal. Sumber
kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum.
3.6 RUMUSAN
Akhir sekali, dalam bab ini, kita dapat mempelajari cara-cara memperoleh dan menguruskan maklumat dan bagaimana untuk menguruskan maklumat tersebut. Selain itu, kita juga dapat memahami proses pencarian maklumat di perpustakaan secara mendalam. Oleh itu, kita, sebagai guru pelatih dinasihatkan agar bijak dan pandai mengurus serta mendapatkan setiap maklumat sepanjang proses pembelajaran supaya kita dapat menguruskan setiap kerja dengan lancar.
Artikel Mengenai Kemahiran Belajar
STRATEGI MENINGKATKAN
INGATAN
Ingatan bermaksud kebolehan memanggil balik atau menyebut
dan menulis kejadian yang berlaku dalam sesuatu tempoh. Ramai pelajar cemerlang
menggunakan teknik yang betul untuk meningkatkan daya ingatan. Teknik ini juga
dapat melatih minda untuk mengingat kembali perkara-perkara serta ingatan serta
melahirkan pelajar yang mampu berfikir dengan
dengan kritis dan kreatif. Seseorang yang berfikir dengan laju untuk
mencari jawapan yang tepat biasanya bergantung kepada persediaan awal yang dilakukan.
Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan
dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Allah
SWT telah menciptakan otak dan minda sebagai anugerah yang paling bernilai dan
menakjubkan kepada manusia. Sebagai
seorang pelajar, daya ingatan amat penting untuk menentukan kecemerlangan
seseorang individu. Seseorang yang mempunyai ingatan yang kuat mestilah
mempunyai emosi, akal, penglihatan, pendengaran dan anggota pancaindera yang
sihat. Daya ingatan juga memerlukan latihan dan bimbingan daripada orang lain
agar mantap dan mampu mengingati,nmemahami, mengeluarkan kembali perkara yang
dipelajari.
Terdapat dua jenis ingatan manusia, iaitu ingatan
jangka pendek dan ingatan jangka Panjang. Ingatan jangka pendek ialah proses
simpanan dalam masa yang singkat dan biasanya maklumat yang disimpan bertahan
dalam masa kurang daripada 30 saat. Ingatan jangka pendek merujuk kepada
seberapa banyak item disimpan dalam sesuatu masa setakat mana seseorang dapat
memberi tumpuan secara sedar dalam masa yang singkat. Selain itu, ingatan
jangka panjang berlaku apabila maklumat yang tersimpan sebentar direkodkan
supaya kekal dalam ingatan. Menurut ahli psikologi, ingatan jangka panjang tidak
mempunyai batas simpanan maklumat yang dapat ditentukan dengan ukuran angka.
Secara umumnya, proses latihan merupakan satu-satunya jalan untuk memasuki
ingatan jangka panjang daripada ingatan jangka pendek. Menurut Ebbinghause,
kemahiran belajar tidak lengkap jika tidak melalui proses mengingat. Antara kaedah
yang dapat mempertingkatkan teknik mengingat ialah teknik mnemonik.
Mnemonik adalah
sebagai alat untuk mengingati sesuatu yang dipelajari dan digunakan untuk
mengingati nombor telefon, nama dan tarikh penting dalam sejarah. Sesuatu maklumat
akan lebih mudah diingati jika seseorang itu berminat terhadap maklumat
tersebut. Mnemonik terbahagi kepada beberapa bahagian. Mnemoik kata gentian digunakan
kepada perkara abstrak yang sukar diingati. Teknik ini menggunakan imej yang
timbul daripada kata ajuk yang mengubah maklumatkepada imej yang konkrit untuk
mudah diingati. Sebagai contoh, perkataan keadilan digambarkan dengan gambaran
visual seorang hakim mengadili sesuatu perbicaraan. Selain itu, teknik mnemoik
anekdot merupakan teknik untuk mengingat maklumat yang panjang dengan
menghubungkan kata kunci kepada bentuk cerita pendek. Disamping itu, teknik mnemoik
lokasi merupakan teknik yang memerlukan seseorang untuk mengingat kepada
sesuatu lokasi dan dikaitkan dengan maklumat yang hendak diingati. Seterusnya,
mnemoik rantaian digunakan untuk mengingat senarai yang panjang. Cara
menggunakan teknik ini adalah melalui teknik GAMBARAN. Misalnya, seekor burung
sedang memakai topi sambal membaca buku di dalam bas. Hal ini menunjukkan bahawa
sebenarnya teknik ini mengingatkan senarai barang-barang yang perlu disediakan
seperti burung, topi dan buku.
Teknik
seterusnya yang dapat meningkatkan ingatan ialah lokus. Perkataan lokus bermaksud
tempat. Kaedah lokus adalah perkaitan antara bahan ingatan dengan sesuatu tempat.
Disamping itu, teknik Chunking adalah Teknik yang mengumpul beberapa butir
maklumat yang tidak berkaitan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman
tertentu. Sebagai contoh, 26 abjad dihafal dengan lagu tertentu. ABCDEFG,
HIJKLMN, OPQRSTU, VWXYZ.
Kesimpulannya, kita mestilah menggunakan otak dan minda dengan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana akal yang dikurniakan itu harus digunakan untuk perkara yang berfaedah dan dapat membezakan perkara yang baik dengan yang buruk.
TEKNIK MEMBACA
PEMBACAAN CEPAT (Speed Reading Technique)
TUJUAN
~ Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber
dengan efektif dan pantas.
~ Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
~ Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara
keseluruhan.
MANFAAT
~ Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
~ Menjimatkan masa dan tenaga.
~ Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.
~ Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
~ Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.
4.1.1 SKIMMING
~ Teknik bacaan pantas sementara.
~ Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat.
~ Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam muka
surat yang sama.
~ Melompat dari satu muka surat ke muka surat yang lain.
~ Hanya kepantasan dititik beratkan.
~ Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf dihitamkan,
dan sebagainya.
4.1.2 SCANNING
~ Teknik untuk membaca sesuatu
maklumat atau fakta khusus dengan pantas.
~ Membaca dengan lebih cepat,
mudah dan optimum.
~ Bermula dengan membaca
indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah
matlamat.
~ Mencari maklumat yang mudah
yang tidak melibatkan idea yang rumit.
~ Mencari maklumat yang
memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan.
4.2 PEMBACAAN PERLAHAN (Slow Reading)
·
Berfikiran
kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda baca.
·
Berkemampuan
untuk melakukan sesuatu penilaian terhadap bahan yang telah dibaca.
·
Berkemampuan
untuk mengikut logik dan pengolahan sesuatu bahan.
TUJUAN
~ Meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan
mendalam.
~ Menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi
kandungan.
~ Menilai dan menganalisis penulisan
MANFAAT
·
Lebih
memahamai bahan bacaan.
·
Mudah
untuk mengingati isi-isi penting.
SQ3R


















Learn the rules of the card game Baccarat
ReplyDeleteThe objective of the game is to be the first one to play the hand. If there are two or more players, you must 바카라 조작 draw a card from the dealer's hand. There is no better position